25 Mac 2010

masih lagi bernafas...


syukur alhamdulillah..hingga saat ini masih diberi kesempatan oleh Illahi untuk bernafas di bumi ini...

syukur jua kerana tubuh ini semakin sihat selepas hampir 4 hari demam+batuk+bisa badan..walau ada satu ketika, diri ini langsung tidak berdaya utk bangun..namun, bersabar kerana percaya sakit menghapuskan dosa-dosa kecil.

Kebiasaan di Acacia 222, sorang demam ramaila yang menjaga+yang membebel..hihi..kali ini, keadaan berbeza. Bila semua orang demam dan mengalami simptom2 yang sama, keadaan kat rumah dah macam kat hospital. sunyi yang diselangi batuk..semua lemah..nak cakap malas, nak jalan tak larat..masing2 terlepek atas tilam..sayu rasa hati..bila semua demam, takde peluang nak bermanja..bubur masak sendiri, bangun sendiri, buat apa smua sendiri..yang ni hari pertama demam..masuk hari kedua semakin baik..dan ada yang sihat..bantu sesama kawan..makan sama2..duduk sama2..bersembang tapi suara memang lemah..takde gelak besar..lega hati jiran..huhuhu..

pada kak nun, nita, iman, uya and anis..tanpa kalian hidup ini sepi..

kawan-kawan yang memberi semangat pada kami serumah...TQVM...kowang memang best!!!^^

en.wewe: makan ubat dan rehat yer..terasa bersalah pada kamu dan eja..huhu

paling utama buat mak+ayah+eja=sangat terharu atas ingatan kamu terhadap diri ini..sejenak terfikir, apakah balasan terbaik mampu diri ini berikan kepada kamu...

sebenarnya, macam-macam cerita nak ditulis kat entri ini...maklumlah dah lama tak mencoret..

Namun tertarik dengan apa yang terjadi masa nak present land law semalam..
Berasa semakin pulih+ubat pun dah habis+semangat nak present yg tinggi(gara2 terlepas nak present evidence)..

i'm setting my mind that i'm strong enough..i'm a superman..ea..tibe2..aku pun berjalan ke kelas..tapi, entah knape.kaki ni terasa lemah..tak boleh nak berjalan..mujur ada saudari kamalia(kem)..dia bawa aku sampai ke tingkat 2..kalau tak, mau aku terduduk depan junior semalam..aiyo!mane ly..hihi..aku orang pertama present..memang cuak+tiba2 rasa sakit+pening..argh nape plak..kat depan kelas, 5 minit pertama memang aku tak tau ape yang aku present dan sebenarnya, aku dah nampak bintang,bulan dan matahari pusing2 kat mata aku.rasa nak pitam..berpeluh macam mandi tu..huhu..madam pun tegur"Noryati, re u not feeling well?..."aku tersenyap..

tiba-tiba,fizree kata: "kak yat boleh!!!"..kawan2 lain pun bagi semangat..aku pon jadi bersemangat untuk habiskan presentation..huhu...walau, macam2 kerisauan ade kat kepala ni..apepon..time kasih kat kawan-kawan TLB 1 atas sokongan..cayang korang^^

*walau pun mungkin batuk ini belum pulih sepenuhnya..kaki ini masih lemah..sokongan insan terdekat..menguatkan semangat diri...tQ..Tq..and THanK You^^
*ujian ini lebih mendekatkan aku dengan Maha Pencipta" dan ku bersyukur pada Mu...




1 ulasan: