27 Januari 2010

mental ku diusik.

Mental kah aku bila aku cuba menetapkan ape yg aku mahukan?mentalkah aku bila mana aper yg aku mahukan tidak boleh aku luahkan?aku cuba berdiri setegar mungkin..namun mengapa akhir2 ini aku rasa jalan yg ku lalui semakin sempit..aku bukan mau bicara tentang movie adnan sempit..tapi aku keliru dalam menetapkan usahaku..ini atau itu..salah pilih makan diri..semuanya peluang..namun apa yg terbaik..saat itu mentalku di usik.."yes miss, chocolate indulgence or chocolate banana?"..waiter kat Secret Recipe tanya...

*korang rase susah sgt ker nak wat pilihan ni..huhuuhu!!!

26 Januari 2010

pagi,tghri,ptg,mlm..

aku terasa mau berhenti seketika..mahu melangkah lebih perlahan..aku tidak penat tetapi akalku ni sdh terlalu kuat bekerja..byk sgt soalan yg perlu dijawab.pagi bwk ke tengahari bawa pula ke petang sampai ke malam hampir setiap hari..otak ni terlalu ligat..aku jd tak larat...aku mula merasakan terlalu byk yg aku bazirkan..masa,tenaga,perasaan..ku menolak peluang terbentang sedia..aku spatotnyer tak wat camni..naper la aku ni..naper aku tak tido jerw!!!argh..tak puas hati tol nape aku sgt addict kat FB..huhuhuhu........nape??aku tak ly tol nak jawab soalan ni..hihihihi

13 Januari 2010

melangkah meninggalkan semalam episod 1

Tidak mudah untuk diri ini meninggalkan kenangan lalu. Pastinya kerana apa yang lalu menjadikan saya sekarang. Ketika pertama kali menjejakkan kaki di USIM, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk berada didalam Kelab Debat USIM. Pada saya,penyertaan bersama Persatuan Pengajian Islam Kusza (PPIK) di KUSZA dahulu sudah cukup untuk saya menimba pengetahuan di bidang persatuan. Namun begitu, selepas bergelar pendebat fakulti dan seterusnya ke peringkat IPT. Saya telah mendapat tawaran sebagai Setiausaha 2 Kelab Debat sesi 2007/2008.

Walau berat untuk menerima tetapi saya cuba mengambil peluang yang diberikan. Memandangkan bukan mudah untuk terpilih menyertai Kelab Debat USIM. Bak kata Mantan Naib Canselor USIM, Kelab Debat telah mematangkan USIM 1o tahun dari usianya. Alhamdullilah, rezeki saya untuk berada bersama Kelab Debat. Memegang portfolio sebagai Setiausaha 2 merangkap sebahagian Majlis Tertinggi kelab diawal penyertaan banyak mengajar erti kesabaran.

Diawal kemasukan sangat sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri memandangkan pendebat seperti saya sangat cetek ilmu pengurusan debat. Saya perlu belajar membuat surat,kerta kerja,laporan dan pelbagai lagi(bkn mudah..pegawai atasan sgt detail orgnya). Malah,saya pernah dimarahi pegawai depan semua AJK kerana tersilap format minit mesyuarat. Saya sangat malu, Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu..Mujur kawan2 memberikan sokongan dan meminta saya bersabar..

Namun,kerana peristiwa itulah saya bangkit menjadi seorang yg tidak lagi ego dan saya belajar menghormati pandangan orang. Almaklum bergelar pendebat ketiga macam saya mmg semua benda nak di "argue"..hihihi..kenangan terindah dalam hidup ni ialah kawan2 pengurusan yang menyokong dan memahami saya. Saya bersyukur dipertemukan dgn mereka dan berterima kasih sangat2 atas segala yang mereka berikan..Banyak cerita yang ingin dikongsi sepanjang 2 penggal bersama Kelab Debat..Moment penting dalam hidup ini..

Exco Kelab Debat USIM sesi 2007/2008

Saudara Zaini merangkap Pengerusi yg banyak membantu..

Saudari Hidayah SU 1 yang kecoh tapi banyak memberi tunjuk ajar