20 Ogos 2010

bermain dengan api..

orang lama-lama kata::jangan main ngan api takut makan diri..
aselama ni aku tak kisah pun dengan pepatah ni..
cuma, bila aku dah terlebih berani sekarang ni aku pulak yang takut
takut tersalah langkah..paling takut bila benda yg aku buat sekarang ni
memusnahkan kepercayaan orang tersayang..aduyai..nak wat camne ni..
aku kompius sangat...dan bila aku berblog ni aku rase sedikit lega..kurang2 aku dah btau korang
huhuhuhu...


14 Ogos 2010

ramadhan penuh erti

Salam ramadhan buat semua kawan-kawan..moga kita semua beroleh keredhaan dan rahmat dari Illahi. Alhamdulillah..dapat dipertemukan dalam bulan penuh kemuliaan ini..saya berdoa dan mendokan agar kita semua beroleh kekuatan untuk mengejar segala kelebihan yang ada dalam bulan ini..Bulan dimana umat islam beroleh kekuatan yang amat luarbiasa iaitu kita mampu untuk bekerja seperti biasa walau perut tidak diisi walau tekak tidak dibasahi..di malam hari melaksanakan solat terawih..di 1/3 malam kita bangun menagih kasih dan simpati dari yang Maha Esa..dan seawal pukul 4.30 pagi bersiap pula untuk sahur..Allahuakbar!!!moga bukan sahaja di bulan ini tetapi di bulan2 akan datang jua kita beroleh kekuatan ini...Barulah akhirnya kita tahu madrasah ramadhan telah berjaya atau tidak kita laksanakan...

Ok..saya tertarik untuk berkongsi apa yang telah berlaku pada saya dan keluarga dalam minggu ini..pada saya ramadhan kali ini penuh bererti..ada manis, ada pahitnya..saya percaya keduanya adalah ujian dan hikmah untuk direnungi...

  • 9 Ogos 2010::menghadiri Syarahan Perdana Tun Dr Mahathir sempena sambutan 10 tahun USIM..Kesimpulan yang boleh saya berikan, it's such a great.."kalau semua orang islam hanya belajar ilmu agama kita akan sentiasa berbalah untuk menegakkan pendapat masing-masing, justeru ilmu dalam islam merangkumi semua aspek supaya masyarakat dunia tidak memandang rendah pada umat Islam".
  • 11 Ogos 2010::Hari pertama Ramadhan tahun ini..saya berbuka dengan semua ahli rumah 222 acacia..ramadhan terakhir kami di rumah ini. aduh..sayunya..
  • 13 Ogos 2010::sedang saye n kawan2 discuss tentang bagaimana accident boleh terjadi dalam as'ment Criminal Procedure, saye berasa tak sedap hati, terus call adik supaya bawak kete elok2..tak sampai 10 minit, dia col saye n bitau dia accident..Ya Allah...remuk kete MYVi depan n belakang..cian kat ija cos waktu tu dia sorang2..n kami takde sedara kat area KL..sudahnya saye n kawan2 bergegas dari Nilai ke PJ..TQ iman, uya n macho.