31 Disember 2009

Membuka Tirai 2010

Aku impikan tahun 2010 ini penuh kegemilangan..tahun penuh kejayaan..merealiasi mimpi ku menjadi kenyataan..So,tahun ni perlu bekerja lebih kuat..fokus terhadap sasaran..berikan sepenuh kesungguhan..gembirakan orang-orang tersayang..berdoa dan mendoakan.."Ya Allah,permudahkan jalanku, tetapkan pendirianku dan bantulah aku untuk tetap bersabar dan bertahan"

Untuk menutup tirai 2009..aku redha atas apa yang berlaku..pahit manis kutelan jua kerana aku memang mengerti kalau tiada kepahitan dan kelukaan sememangnya ceritera hidup ini sepi..mohon maaf pada yang terluka..mendoakan yang terbaik utk semua..

Selamat Tahun Baru 2010..Moga pelajaran dan perniagaan semakin maju dan gemilang..gemuruh jiwaku...kian bertalu...

21 Disember 2009

salah faham..

bicara makna, maksud atau erti tentang sesuatu perkara tentu sahaja memberikan pelbagai pendapat, ulasan dan kesimpulan..persoalan yang mana paling tepat, yang mana paling rajih pastinya menuntut pelbagai perbincangan dan perdebatan..dalam undang-undang, interpretation atau pentafsiran tentang sesuatu perkara amat penting..namun didalam kehidupan biasa luar dari kehidupan formal..adakah perlu insan seperti aku mentafsirkan segala apa perkara yang dilakukan atau sekadar membiarkan insan-insan disekeliling menentukan apa yang aku maksudkan..tapi, jikalau itu kubiarkan pastinya dan sangat pasti wujudnya salah faham yang membabi buta(ops!!!)..Namun, jika kesalahfahaman ini berterusan melukakan hati milik insan bernama aku..aku pastinya kan berdiam sahaja..biarkan tuduhan melulu itu berlalu..aku mahu hidup baru..maaf atas segala salah faham..mungkin ramai tak mengerti maksud hati..tapi, di tahun baru ini dengan nafas yang tenang...ku mohon dihentikan segala perasaan yang terpendam dan mari kita menuju masa depan yang lebih gemilang..

16 Disember 2009

lelaki itu...

Sudah 5 tahun aku mengenali dia..wataknya, gayanya,kata-katanya..bisa sahaja menawan hati sesiapa..hati sering tertanya apa istimewanya dia..sehingga ada yg pejam mata, tutup telinga, tutup hati walau salahnya jelas sekali..hati gadis-gadis itu ditawan kemudian ditingalkan dengan luka mendalam..lantas, si gadis terkapai-kapai mencari..sangkanya sinar..rupanya insan itu membuat onar..ungkapan hubungan berteraskan islam..namun, tak sama yg diungkap dengan yg dilaksana..matlamat terbuai begitu sahaja..ahhh..aku memang marah..bila ramai gadis2 yg mencintai lelaki itu..merayu,menangis dan terus mengharap..bukan aku prejudis!!!tapi hati wanita ku berbicara"sedarlah wahai gadis, banyak lagi teruna diluar sana..yang katanya dikota, yang janjinya dilaksana..jgn kerana gaya romantis idaman semua..kamu tunggu dan tunggu lelaki yang hanya mahu melihat airmata mu mengalir kerana dia". Sedang kamu terlupa tangisan itu harusnya milik Maha Pencipta....