26 Oktober 2009

crite cinta ku biasa sahaja

Atas permintaan en.hakim hasni. Aku tergerak mencoret sedikit rasa. Luarannya, aku dan dia sangat berbeza. Persamaan kami terletak pada komitmen bisnes yg kami lakukan.pendek kata, kami ni cbuk memanjang. pagi sampai malam bekerja.(aku extra ckt: belajar sambil bisnes).SIBUK..Namun, inilah yg aku mahukan..faham tentang impian dan tanggungjawab seharian masing2. Pada aku, bukan masanya untuk bercinta ala budak2 muda(dating,movie dan mcm2 lg..).

Apa istimewany dia dihati aku?aku pon tak tau nak kata apa..terlalu awal tp ader rasa yg meyakinkan aku..mungkin restu ibu.

Aku pon tak tau nak cter per..biase jer kami ni..senang kata, aku bertemu insan yang sentiasa percaya yg aku boleh berjaya, memberikan aku pelbagai galakan dalm kehidupan dan senyuman penuh keceriaan..siapa dia?biarlah rahsia..

p/s: dalam doaku "aku memohon agar dipertemukan dengan lelaki yg baik utk diriku,agamaku, keluargaku, ilmuku,Al-Quran ku dan perniagaan ku..amiin.."

11 Oktober 2009

angau teruk..

aku fikir aku cukup imun utk alami kes angau2 ni..Al-maklum, usia dah meningkat, komitmen pun dah banyak..aku tak nafikan dulu pernah gak aku angau. tapi, kali ni aku rasa lain sangat..dah 3 bulan lebih mengenali dia, dah banyak kali bertentang mata, sapa menyapa itu biasa. Waktu tu aku tak rase per pon..biasa sahaja. Namun, lewat kebelakangan ini(slps satu peristiwa), tidur malam mimpi dia, nak makan ingat dia, wat aper pon ingat dia..waktu tu aku fikir, parah juga penangan cinta ni..ce wah cinta ke?hm..ternanti2 bl nak juper lg..

Nak dijadikan criter, aku bertemu dia semalam..aku terkejut+terkedu+sgt berdebar melihat dia pon hadir di majlis rmh terbuka yg aku pergi..Ya Allah, hanya Dia sahaja yg tahu perasaan aku ketika itu. aku gembira.menatap wajah dia wat aku rasa tenang tapi gabra.ape sebenarnya yang aku rasa ni.Akhirnya, dekat sejam aku sembang ngan dia semalam(cukup untuk sebulan tidak bersua)..macam2 cter dia kongc..

Balik rumah dari petang bawak ke malam, aku sengih sampai telinga..sudahnya, sampai terlepas cawan kat tangan, tengok2 tangan aku dah berdarah, luka kat jari tengah pun dalam, mmg terkejut sebab aku pon tak perasan camne ly jd camtu..takut ader serpihan kaca, rumate aku hantar aku g klinik, sampai klinik, DR bitau..luka tu perlu dijahit kalau tak, kemungkinan tak ly sambung balik sbb luka terlalu dalam..huwa..tak pernah kena jahit..tp,aku terpaksa relakan gak..saat ngeri bila jarum msk kat kulit.takut gler..waktu tu, aku sgt insaf dgn pengorbanan mak..aku kuatkan diri utk tgk mcammana DR jahit..aku pinjam kekuatan mak..

Balik dari Klinik, aku tak ly tdur..memikirkan per yg terjadi...aku tau aku nya angau dah teruk sgt..ikut hati aku ni.aku pinang dia hari ni..(takde maknanya)...Ya Allah aku ingin lalui kehidupan ini bersama dia..doaku, moga pintu hatinya sentiasa untukku dan moga pintu hatinya peroleh hidayah untuk bahagia selamanya..