27 Ogos 2009

hari yang indah..

langit tak selalunya cerah
hari-hari yang dilalui jua tak selalunya indah
kisah gembira dan duka
kekadang ia datang
kekadang ia pergi mengisi setiap sudut diri
Hamba ILLAHI
imannya layak di uji
supaya hati dan diri
jauh dari godaan dan nafsu yang menghantui
dan diri sentiasa dilindungi dan dirahmati...

aku melalui jalan sepi ini
biar payah
aku redah
masa lalu banyak mengajar aku
bersabar, terus bersabar dan bertahan
diiringi doa sebagai teman
kekuatan, ketabahan, kejayaan
pasti dalam genggaman


muhasabah diri ini:

Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bertahan dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (berjaya) [Al- imran: 200]




21 Ogos 2009

menjengah kesempitan waktu....

Pertamanya, tahniah dan syabas saya ucapkan pada pasukan Universiti Teknologi Petronas atas kejayaan begelar Johan Debat Kemerdekaan 2009 sekaligus berjaya mengekalkan kejayaan lepas. Mereka layak kerana kebolehan, pengalaman dan sikap yang menyenangkan hati. Sebagai urusetia debat, aku kagum dengan budi bahasa mereka. Tambahan, runner mereka (my roommate) pun turut berpendapat yg sama. Maka, wajarlah juara itu milik mereka...

Bercerita tentang sikap, tak ramai yang mungkin menganggap sikap atau tingkahlaku memainkan peranan penting dalam menilai berjaya atau tidak seseorang itu. Mengapa? ada sesetengah yang berpendapat, cukuplah usaha yang gigih serta doa yang tak pernah putus mengiringi segala usaha. Sebenarnya tidak, usaha yang gigih perlu pada sikap yang positif maksudnya tak cukup kalau gigih tapi gigih secara tidak jujur. Contohnya, membuat nota bersungguh untuk peperiksaan tapi, bila masa periksa jadikan nota itu sebagai "toyol". Sikap tak jujur lahir daripada diri yang tak yakin. Kita mungkin lulus atau cemerlang dalam ujian tapi time final, kita mungkin tak lulus.Lagi sekali, sikap memainkan peranan. Lantas, kalau mahukan kejayaan yang berterusan..ubahlah sikap, jadilah insan yang positif.merubah sikap dan mengambil peluang yang terbentang

Selepas daripada penganjuran Debat Kemerdekaan, banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan. Walaupun tengah cuti semester, aku rasa macam tak cuti. habi jer final debat aku terus pulang ke Tangkak untuk kenduri dan bacaan yassin untuk Agensi Zhulian mak dan kawan-kawannya. Aku balik semula ke Nilai pukul 6 pagi. ampai di Nilai pada pukul 7 pagi. Lebih kurang pukul 8 aku bertolak ke PJ Hilton untuk Seminar bersama Zhulian. Banyak ilmu yang aku kutip sepanjang sehari. Bukan mudah untuk melangkah di sini. Mujur aku layak.Alhamdulillah.. Aku berhasrat dan berdoa agar sentiasa pergi ke seminar seperti ini. Aku percaya pada tekad dan keazama. Ayuh rakan kongsi ku mari kita bersama meraih kegemilangan. Zhulian..menerajui kejayaan!!!

Menjengah kesempitan waktu, ada rindu mendalam di kalbu. Datangnya Ramadhan mendidik nafsu, pada mak, ayah, ija, acid, ajak dan yana. Aku rindu kamu.....

Marhaban ya Ramadhan...

17 Ogos 2009

FINAL DEBAT KEMERDEKAAN IPT MALAYSIA 2009

Pertemuan peringkat separuh akhir debat menemukan UITM vs MMU di sidang 1 dan UIAM vs UTP di sidang 2. Pasukan yang layak ke final pulak ialah pasukan MMU vs UTP. Debaran pasti makin terasa apabila perlawanan peringkat akhir akan berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri RTM dan pihak RTM sendiri akan mengadakan rakaman khusus untuk perlawanan ini. Jadi, siapakah pasukan yang akan bergelar Juara Debat Kemerdekaan Ala Parliment Antara IPT Malaysia 2009?nantikan keputusannya pada 18 Ogos 2009..Salam kemerdekaan buat semua...

14 Ogos 2009

disebalik debat kemerdekaan 2009

Salam.dah lama aku tak ngadap blog ni.tgh debat ni tibe2 rasa nak mencoret. yer la dah kebetulan takde keje.Aku ni setiausaha, keje nya sebelum dan selepas program. Lau tgh program tugasnya hanyalah back-up unit2 lain. Aku dah 2 hari tidur kol 4 pagi. Batuk ngan selesema ni pon tak bebaik lagi gara-gara terlalu cbuk dengan urusan penganjuran (mujur tak demam).Nasib baik la ade sokongan kawan2 smua perkara terasa mudah.

Ini kali ke 3 kelab Debat USIM menganjurkan kejohanan debat untuk tahun 2009. Semua program debat yang besar antaranya Debat Naib Canselor yang menemukan lby kurang 60 team, Debat Bahasa Arab peringkat kebangsaan (60 team) dan terbaru, Debat Kemerdekaan 2009.

Sepanjang mengendalikan kejohanan debat dari peserta, pegawai pengiring dan hakim semuanya perlu pada layanan dan khidmat bantuan dari tuan rumah kejohanan. Sebagai pendebat aku memang pernah merasakan yang pihak tuan rumah perlu menyediakan kesemua yang diperlukan peserta. Pendek kata kalau boleh, nak semua tip top. Tapi, semua tu memang tak boleh dicapai. Kenapa?alasan paling mudah..kterkan manusia.tak sempurna..alahai..Namun,selama setahun meninggalkan arena debat dan aktif dengan pengurusan debat. Banyak perkara yang menyedarkan aku dan banyak perkara yang menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran
.

Sebenarnya dalam penganjuran debat banyak perkara yang perlu diteliti, dari tempahan makanan, tempahan dewan, penginapan, teknikal,pengurusan peserta, dan sebagainya. Pendek kata, semua urusan perlu dibuat dalam tempoh sebulan. Ulang-alik HEP tengah2 kelas dan ada sesetengah kes, terpaksa ponteng kelas gara2 terlibat dengan urusan pihak atasan. Itu secara nyata, tak kira dari sudut emoc dan keringat yang tumpah semuanya untuk patikan kehendak dan tuntutan tetamu dipenuhi. Kena marah dah jadi adat biasa...

Tu tak kira time kejohanan lagi, nak dengar komen dari pelbagai pihak yang menjadi tetamu sangat2 menguji emoc dan kesabaran.Kekadang teringin sangat nak cakap, rasalah apa yang kami lalui ni. pasti kamu akan rasai peritnya.Tapi, kamu2 yang jadi tetamu tak pernah nak cuba memahami, apalagi nak berterima kasih jauh sekali..entahlah, terpulang pada pandangan diri.Mungkin tak semua bersikap begini.

Tapi, bagi sesapa yang sesat,lepas tu di tunjuk kan jalan, kemudian mula bising pasal tempat solat(nape tak minta pemandu kamu tu singgah mana2 majid, penang ke nilai..takkan takde satu majid pon), pastu, kutuk pengurusan kami depan kami. Tanyalah pada diri kamu, saper kamu, sempurna mana kamu, hebat mana pon kamu...sikap hormat dan berterima kasih usah dibuang dalam diri..sudah bertahun berdebat, bercerita isu masyarakat, integriti dan sebagainya tapi lau setakat kat mulut jer. takder gunanya..kami bukanlah nak berkira..cukupla setakat berterima kasih..budi bahasa budaya kita..