25 Jun 2010

kenangan terakhir aku bersama arwah tok yot..


last hari raya bersama arwah tok yot

yasin terakhir

Sudah terlalu lama rasanya tidak up-date blog.naik bersawang dan berhabuk blog ni..huhuhu..well, aku pernah cakap kat kawan2 terdekat yg blog ni utk tatapan di masa tua nanti..Justeru, walau dah lama aku nak masukkan entri ini..aku tak punya kekuatan hinggalah pada hari ini..FYI, entri kali ini adalah yg terpenting dan bermakna untuk aku. Sekuat mana aku berusaha dalam kehidupan ini namun sebagai seorang insan aku tidak lepas dari di uji.

5 Jun 2010, aku telah kehilangan insan yg penting dalam kehidupan ini. Dia ialah moyangku iaitu Allahyarhamah Hajah Zabedah binti Salleh. "tok yot" pemergian mu amat kurasai.

"Aku masih ingat malam tu rumah atok pnuh dengan kereta tapi aku bercadang utk datang keesokan hari.pagi tu mak dapat mesej mengatakan atok yot tenat. bergegas aku bersiap ke rumah atok yot. sampai sahaja pintu rumah tok terbuka luas dan atok asmah menuju kearah kami..atok yot dah takde katanya..Ya Allah, aku rase dunia berhenti seketika..aku lari mendapatkan jenazah atok yot..kukucup pipinya terasa sejuk saat itu hanya airmata mampu berbicara..ku lihat wajahnya tenang setenangnya..moga Allah tempatkan atok yot dikalangan orang yg beriman.

Hikmah menjadi pelajar Dip. Syariah..Aku belajar menguruskan jenazah atok yot dari bacaan yasin, menyiapkan kain kapan, memandikan jenazah hingga solat jenazah..Alhamdulillah, aku berjaya memberikan khidmat terakhir ku buat atok yot. Walaupun begitu sepanjang menguruskan jenazah perasaan ku berperang. Aku perlu menahan airmataku. Aku berterima kasih pada pengalaman kerna aku tak lagi terlalu mengikut perasaan.

Namun begitu, airmata tidak lagi mampu ku tahan sewaktu jenazah atok yot dimasukkan ke dalam liang lahad hati ini benar2 rasa sayu..aku terkenang bagaimana atok yot menjaga aku ketika kecil betapa mesranya tiap kali aku datang.habis muka ku dikucupnya..

Saat itu takkan berulang lagi..kali terakhir aku mengucupnya, pipi atok yot sejuk terasa hingga ke hati ini..tok yot yg kukenali adalah seorang wanita yang kuat beribadah..kalau siang bersolat dhuha, malam pula bertahajud..sangat mesra melayan anak,cucu dan cicitnya..aku berasa sgt bertuah kerana menjadi satu2nya cicit yang merasa belaian dan jagaan atok yot..malah, mak adalah antara cucu kesayangan atok..kini, segalanya tinggal kenangan..moga Allahyarhamah Hajah Zabedah tenang bertemu pemiliknya..Al-Fatihah..

*ingatan buat diriku-sesungguhnya mati itu pasti..maka, beramallah kamu umpama esok kamu akan mati..buat lah yg disuruh dan tinggalkan yg dilarang..