17 April 2009

Sabar..Sabar..Sabar..

Ini pandangan saya berkaitan isu markah kasihan yg hangat di akhbar kosmo semata2...Sebenarnya apa yg didakwa oleh Nor(bukan nama sebenar) adalah kenyataan yg tidak relevan dan tidak berasas sama sekali.Pada hakikatnya, Nor(bukan nama sebenar)adalah pensyarah yg berhenti apabila semua hal2 berkaitan dirinya ketika pembelajaran berjalan,disuarakan oleh pelajar kepada pihak atasan.Katanya, hanya 4 pelajar dari 157 pelajar lulus dlm subjek yg diajarnya.Lantaran dari keadaan ini,pihak MPU mengarahkan 1 siasatan dilakukan.Demi memastikan keadaan ini. namun, Nor(bkn nm sbnr) mengambil tindakan utk berhenti. Ketika itu dia sekalipun tidak meninggalkan "carry Mark' pelajar2 nya."carry mark" yg berfungc utk menilai tugasan pelajar tiada. Justeru, timbul persoalan adakah Nor(bukan nama sebenar) mempunyai satu sistem penilaiannya sendiri seperti mana yg diamalkan oleh pensyarah lain?kalau ade..tiada mana2 assesment ke yg ly diberi kepada student sehingga mereka bly gagal.menurut seorang dari kawan, yg orangnya sgt bersungguh dalam belajar.assignment yg dibuat.hy dapat O.takkanlah lgsung takder markah.bkn dia sorang jer.yg lain camtu gak..hm pk2 kanlah..malahan dia juga perlu buktikan yang tekanan yg dialami adalah benar2 daripada pelajar dan bukan dari unsur2 lain.Saya rasa isu ini adalah isu yg sengaja di"PANAS' kan oleh Nor dan media sendiri.Sifat Nor yg dengan senangnya menuduh dan menjatuhkan reputasi orang, adalah sikap yg tidak bertanggungjawab.Sebegitu juga media, media seharusnya cuba menjawab persoalan ini dengan bertanya kepada pihak usim sejak awal lg.barulah tidak berat sebelah.kartun di kosmo berkaitan markah kasihan betul2 memalukan kami.seolah usaha kami selama ini hanyalah berdasarkan markah kasihan semata-mata.sedangkan kami berusaha sebaik mungkin.Bertahun kami menuntut ilmu.wajarkah untuk kami diperkatakan sebegini!Tiada unsur pinta kasihan..tapi sy mohon kter pertimbangkan kewajaran..kepada masyarakat,usahlah mudah mendengar kata org tanpa mengkaji, usahla mudah menuding jari dan membuat kesimpulan sendiri.cari sebab disebalik smua ini..Utk rakan2 seperjuangan..sahut cabaran n ujian ini dgn hati yg tenang..moga Allah bersama-sama kita..

12 April 2009

Ujian Illahi..


Ya Allah..peritnya ujian ini..Dikala diuji dgn kehadiran imtihan akhir, aku di uji dgn fitnah yg hebat..tabahkan aku Ya Allah..andai ini akibat dosa -dosaku bantulah aku mengharungi segalanya...Aku mohon keampunan mu..sesungguhnya, aku insan yang lemah..Moga aku kan mendapat yang terbaik dalam imtihan kali ini..

11 April 2009


Salam Ukhuwwah wat semua sahabat!!!!
(10 April 2008), Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato Seri Najib telah mengumumkan barisan kabinet baru kerajaan. Kabinet baru ini lebih kecil berbanding kabinet pimpinan Perdana Menteri sebelum ini: Tun Abdullah. PM mengharapkan agar barisan kabinet kali ini mendapat kepercayaan rakyat. saya berharap agr kepimpinan yang baru akan merubah situasi politik Malaysia. Semoga Malaysia lebih aman.
Dalam satu kenyataan yang berlainan, PM turut mencadangkan agar UMNO mengubah pendekatan politiknya. Melakukan perubahan dan pendekatan baru seperti yang dilakukan pihak pembangkang. Adakah ini menunjukkan yang UMNO juga akan melakukan kempen2 seperti pembangkang??mari sama2 kita lihat bagaimana proses transformasi ini berlaku..Persoalannya, adakah ia akan mendapat sambutan?semuanya terpulang pada rakyat. Secara umumnya, dalam menentukan jatuh bangun satu2 kerajaan rakyatlah penentunya. Justeru, kerajaan yang baik adalah kerajaan yang melaksanakan tuntutan rakyat, kerajaan yang mengamalkan dasar amanah dan tanggungjawab.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan politik bersih. saya tidak sekadar menyatakan pendapat dan selalu menyalahkan, tidak pula ingin menyatakan apa-apa sokongan pada mana2 pihak..tapi, dengan kudrat sebagai seorang mahasiswa saya akan berusaha untuk mencari dan meredah ranjau ilmu..moga satu hari nanti, saya akan berbakti pada agama, bangsa dan negara..

04 April 2009

DEBARAN FINAL EXAM 2009

Alhamdulillah.akhirnya semua tugasan utk semester ni dapat dihabiskan pada masa yang ditetapkan.semester kali ni betul2 menguji kemampuan diri utk membahagi masa sebaiknya..antara urusan akademik dan tanggungjawab sebagai exco kelab debat. sungguhpun begitu, saya selalu berharap agar kesibukan ini tidak melupakan tugas sy sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Blog ini merupakan satu lembaran baru utk sy. Disini, saya akan cuba sedaya upaya mengupas pelbagai isu semasa dan isu2 berkaitan dengan dunia mahasiswa. Untuk sama2 kita perhati dan perhalusi. Bukan utk skadar memberi komen tapi utk memperbaiki. Hakikatnya, manusia seperti saya juga tak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. andai ada sebarang kesilapan dan kesalahan, berilah teguran.InsyaAllah, pada 13 April 2009 ini bermulanya hari peperiksaan akhir semester utk warga pelajar USIM.Kejayaan atau kegagalan dalam peperiksaan adalah tanda aras kepada usaha mereka sepanjang semester.Hakikatnya, waktu ini debaran semakin melanda. Tekanan mula dirasai.ada yg tak tido mlm,ada yg mula demam, ada yg tak selera makan dan tak kurang juga yg bertambah selera.Biar apa pun tekanan,moga kita bijak mengatasinya.Sy berminat utk mengambil ingatan Dato'faiza dlm kuliah Criminal Law kami,katanya..kami perlu senttiasa menjaga kesihatan,tido secukupnya,makan buah-buahan dan sentiasa ingat basuh muka 5 kali sehari(solat 5 waktu).Saya ucapkan Selamat Berjaya buat semua rakan seperjuangan. Moga kita mendapat yang terbaik...