27 Julai 2011

berharap

moga segalanya dipermudahkan..niat yg baik pastinya ada ujian tersendiri..Ya Allah bantulah kami menunaikan sunnah rasul Mu..bantulah kami dalam mengharungi segala ujian,dugaan dan godaan..harapan ini tidakkan pernah putus..sehingga bersatu dua hati menjadi satu jiwa..dengan satu akad yang menghalalkan segalanya..permudahkan segala urusan kami..tetapkan hati kami..ampunilah segala dosa-dosa kami..bantulah kami membina hidup baru yang penuh dengan rahmat dan redhaMu...

19 Julai 2011

membisu

seribu bahasa...aku terlalu menurut kata hati..kali ini aku mati..pasti mati...
aku mau pulang..mau isi hati yg sudah makin jauh..tapi apakan daya..aku tak mampu..
hatiku sudah mati..dia hanya diam seribu bahasa..sudah keras seperti batu..ini semua salahku..
aku menempah jalan ini..aku terpengaruh pada duniawi..terimalah aku kembali..aku mau tenang itu semula..kerna aku tk mampu lagi utk melihat wajah insan yg tersayang..andai mereka tahu pasti mereka kecewa dgn kesilapanku..aku ...aku..terasa mau mati bila memikirkan smua ini..Ya Allah ampunkan dosaku..bawaku pulang ke jalan Mu....

11 Julai 2011

hati...

seringkali diusik riang namun ada kalanya diusik duka..ujian datang dalam pelbagai rupa..ada ujian gembira namun ramai yang tak mampu melepasinya..ada ujian duka..terlalu sukar namun ramai yg mampu mengatasinya..semuanya kembali pada segumpal darah bernama hati..RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati. "Hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.

Al-Quran menyatakan, maksudnya: "Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (al-An'am:110)
Nabi s.a.w sangat mengetahui mengenai sifat hati. Baginda selalu berdoa dengan lafaz seperti, "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."
Menurut Islam, hati manusia inilah yang menjadikan manusia itu hidup dengan kehidupan yang sebenar, malah hati jugalah yang menyebabkan manusia mati dalam hidupnya.

Ujian hati terlalu sukar untuk diubati..selepas tamat belajar, banyak betul ujian hati yang terpaksa saya hadapi..menitis air mata ini kerana diuji oleh hati yang sedang berbolak-balik..sekejap saya mahu..sekejap tidak..sekejap percaya sekejap tidak...soal iri hati dan cemburu buta usahlah ditanya..kekedang terasa mahu buang hati ini..namun, pantas diri terkenang akan payahnya membina motivasi diri dan ukhuwwah..sejenak berzikir melapangkan hati yg gusar...syukran ya Allah..memberi aku peluang untuk terus memperbaiki sekeping hati yang akan dihitung diakhirat nanti..Allahuakbar!

22 April 2011



ni gambar kami masa berkelah di tepi pantai PD..best wo...semua muka BURN!haha..tempat yang sama cam gambar sebelum::pantai PD...cumanya, kali ni style dah lain hehe^^


cerita budak yang nak habis belajar..


budak kew?? hahaha..tinggal beberapa hari lagi nak tinggalkan bumi nilai ni..sangat sedih nak tinggalkan bumi usim..nak say gud bye kat kawan-kawan sekelas..huwa!!!!tak sanggup tau..banyak kenangan time belajar kat usim ni terutama bila ingat balik betapa blur nyer aku bab undang2 ni..thanks sangat2 kat kawan2 terdekat dan kawan-kawan kelas yang banyak membantu memperkembangkan potensi diri ini secara langsung ataupun tidak langsung..sayang kamu semua..sO, sebagai tanda kasih aku kat korang semua..aku nak kongsi gambar-gambar dan cerita kite bersama dalam blOg busyuk aku ni..tapi yang ni mukadimah jer la..tak sempat nak letak semua almaklum tinggal esOk jer peluang nak baca buku...muahahaha...

***yang ni gambar masa muda-muda dulu..haha..