18 Februari 2010

PROGRAM ANAK-ANAK CEMERLANG SESI 2

Gambar-gambar Program Anak-anak Cemerlang (PAC) Sesi 1






Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk anak-anak menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kewajipan ibubapa bukan sekadar menyediakan rumah, makanan, keperluan persekolahan dan memberikan belanja harian. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang, didikan, tunjuk ajar, dorongan, sokongan dan motivasi.

Bangkit atas rasa tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, Zhulian Agensi Ledang memperkenalkan "Program Anak-anak Cemerlang" bagi membantu ibubapa dalam memberikan sokongan motivasi yang terbaik untuk anak-anak. Sesi pertama program ini telah berjalan dengan lancar pada Disember 2009, disertai hampir 40 orang pelajar sekolah-sekolah sekitar daerah Ledang. Program ini direka khas dalam membantu para pelajar mencapai cita-cita mereka dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Ibubapa juga dikehendaki turut hadir bagi memastikan mereka memahami objektif program dan membantu anak-anak dalam mempraktiskan apa yang telah diajar dan diberikan. Kemuncak bagi program ini ialah pelajar yang terlibat dalam program ini akan menjadi anak angkat kepada Zhulian Agensi Ledang dan berpeluang mendapat biasiswa yang disediakan oleh Syarikat Zhulian.
Berikut saya kongsikan serba sedikit aturcara program:

~Ice Breaking~Motivation Games~Tips of Success~Experince Sharing~Teknik Berdoa dan Mendoakan~Bonding Power~ESQ~Target dan Capai~Psiko Sibenatik~Cocoa Mixed Time Story~


Program Anak-anak Cemerlang Sesi 2 akan berlangsung pada:

Tarikh : 6 Mac 2010

Hari : Sabtu

Masa : 2.30-5.30 petang

Tempat: Agensi Zhulian Ledang, No 8, Pusat Perniagaan Naib Long, Jalan Naib Long, Ledang

Bayaran:RM 10(bukan ahli) RM5 (ahli)

*Sebarang pertanyaaan, sila hubungi: 06-9789039 (Agensi Ledang)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan