20 Februari 2010

bertahan...

Sudah dua hari aku rasa tak sedap badan,demam, migrain aku datang balik, nak bangun pun tak larat..memang pelik..dah lama aku tak sakit camni..tak cukup rehat agaknya..kalau bebudak lain mungkin balik bercuti semester adalah masa terbaik untuk berehat sepuas-puasnya.aku pulak sebaliknya, masa inilah aku akan sibuk dengan pelbagai urusan bisnes..nak jumpa client, nak jupe partner bisnes,nak meeting,nak gi seminar,nak jaga kedai,nak wat perancangan program akan datang dan memacam lagi. Lau ikut malas,aku mmg tak kuasa nak wat semua benda ni..tapi,aku sedar aku perlu berbuat sesuatu utk masa depan yg lebih gemilang, aku nak meraih kejayaan untuk mereka yang aku sayang, mereka yang menyokong dan bergantung harapan utk aku melakukan yg terbaik dalam perniagaan ini..

Aku sedar aku adalah pelajar undang-undang. Tugas dan tanggungjawab sedia ada jua cukup berat. Berkejar-kejar antara belajar dan berniaga..jap2 baca kes,jap2 mengira sale, jap2 wat as'ment,jap2 gi jupe client.huhu..lau ingat balik semua ni.aku macam tak percaya aku mampu lalui semua ini..berkat restu dan doa mak,ayah dan keluarga..

Namun, aku jua macam bebudak lain..masih ade masa buat famili, ade masa nak bershopping, ade masa utk minum2 ngan kawan2,ada masa nak berdating dengan si dia tersayang, ade masa nak gi kenduri kawan-kawan kahwin dan memacam lagi..

Aku walau apa sekalipun yang terjadi dalam kehidupan ini..aku tetap bersyukur. Allah memberikan aku ketabahan dan kekuatan untuk melalui tempoh2 ini..Alhamdulillah..aku jua sangat berterima kasih pada mak,ayah,adik2 dan teman2 yang memahami dan menyanyangi diri ini..terima kasih..syukran..sayang kamu^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan