14 Ogos 2009

disebalik debat kemerdekaan 2009

Salam.dah lama aku tak ngadap blog ni.tgh debat ni tibe2 rasa nak mencoret. yer la dah kebetulan takde keje.Aku ni setiausaha, keje nya sebelum dan selepas program. Lau tgh program tugasnya hanyalah back-up unit2 lain. Aku dah 2 hari tidur kol 4 pagi. Batuk ngan selesema ni pon tak bebaik lagi gara-gara terlalu cbuk dengan urusan penganjuran (mujur tak demam).Nasib baik la ade sokongan kawan2 smua perkara terasa mudah.

Ini kali ke 3 kelab Debat USIM menganjurkan kejohanan debat untuk tahun 2009. Semua program debat yang besar antaranya Debat Naib Canselor yang menemukan lby kurang 60 team, Debat Bahasa Arab peringkat kebangsaan (60 team) dan terbaru, Debat Kemerdekaan 2009.

Sepanjang mengendalikan kejohanan debat dari peserta, pegawai pengiring dan hakim semuanya perlu pada layanan dan khidmat bantuan dari tuan rumah kejohanan. Sebagai pendebat aku memang pernah merasakan yang pihak tuan rumah perlu menyediakan kesemua yang diperlukan peserta. Pendek kata kalau boleh, nak semua tip top. Tapi, semua tu memang tak boleh dicapai. Kenapa?alasan paling mudah..kterkan manusia.tak sempurna..alahai..Namun,selama setahun meninggalkan arena debat dan aktif dengan pengurusan debat. Banyak perkara yang menyedarkan aku dan banyak perkara yang menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran
.

Sebenarnya dalam penganjuran debat banyak perkara yang perlu diteliti, dari tempahan makanan, tempahan dewan, penginapan, teknikal,pengurusan peserta, dan sebagainya. Pendek kata, semua urusan perlu dibuat dalam tempoh sebulan. Ulang-alik HEP tengah2 kelas dan ada sesetengah kes, terpaksa ponteng kelas gara2 terlibat dengan urusan pihak atasan. Itu secara nyata, tak kira dari sudut emoc dan keringat yang tumpah semuanya untuk patikan kehendak dan tuntutan tetamu dipenuhi. Kena marah dah jadi adat biasa...

Tu tak kira time kejohanan lagi, nak dengar komen dari pelbagai pihak yang menjadi tetamu sangat2 menguji emoc dan kesabaran.Kekadang teringin sangat nak cakap, rasalah apa yang kami lalui ni. pasti kamu akan rasai peritnya.Tapi, kamu2 yang jadi tetamu tak pernah nak cuba memahami, apalagi nak berterima kasih jauh sekali..entahlah, terpulang pada pandangan diri.Mungkin tak semua bersikap begini.

Tapi, bagi sesapa yang sesat,lepas tu di tunjuk kan jalan, kemudian mula bising pasal tempat solat(nape tak minta pemandu kamu tu singgah mana2 majid, penang ke nilai..takkan takde satu majid pon), pastu, kutuk pengurusan kami depan kami. Tanyalah pada diri kamu, saper kamu, sempurna mana kamu, hebat mana pon kamu...sikap hormat dan berterima kasih usah dibuang dalam diri..sudah bertahun berdebat, bercerita isu masyarakat, integriti dan sebagainya tapi lau setakat kat mulut jer. takder gunanya..kami bukanlah nak berkira..cukupla setakat berterima kasih..budi bahasa budaya kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan