21 Ogos 2009

menjengah kesempitan waktu....

Pertamanya, tahniah dan syabas saya ucapkan pada pasukan Universiti Teknologi Petronas atas kejayaan begelar Johan Debat Kemerdekaan 2009 sekaligus berjaya mengekalkan kejayaan lepas. Mereka layak kerana kebolehan, pengalaman dan sikap yang menyenangkan hati. Sebagai urusetia debat, aku kagum dengan budi bahasa mereka. Tambahan, runner mereka (my roommate) pun turut berpendapat yg sama. Maka, wajarlah juara itu milik mereka...

Bercerita tentang sikap, tak ramai yang mungkin menganggap sikap atau tingkahlaku memainkan peranan penting dalam menilai berjaya atau tidak seseorang itu. Mengapa? ada sesetengah yang berpendapat, cukuplah usaha yang gigih serta doa yang tak pernah putus mengiringi segala usaha. Sebenarnya tidak, usaha yang gigih perlu pada sikap yang positif maksudnya tak cukup kalau gigih tapi gigih secara tidak jujur. Contohnya, membuat nota bersungguh untuk peperiksaan tapi, bila masa periksa jadikan nota itu sebagai "toyol". Sikap tak jujur lahir daripada diri yang tak yakin. Kita mungkin lulus atau cemerlang dalam ujian tapi time final, kita mungkin tak lulus.Lagi sekali, sikap memainkan peranan. Lantas, kalau mahukan kejayaan yang berterusan..ubahlah sikap, jadilah insan yang positif.merubah sikap dan mengambil peluang yang terbentang

Selepas daripada penganjuran Debat Kemerdekaan, banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan. Walaupun tengah cuti semester, aku rasa macam tak cuti. habi jer final debat aku terus pulang ke Tangkak untuk kenduri dan bacaan yassin untuk Agensi Zhulian mak dan kawan-kawannya. Aku balik semula ke Nilai pukul 6 pagi. ampai di Nilai pada pukul 7 pagi. Lebih kurang pukul 8 aku bertolak ke PJ Hilton untuk Seminar bersama Zhulian. Banyak ilmu yang aku kutip sepanjang sehari. Bukan mudah untuk melangkah di sini. Mujur aku layak.Alhamdulillah.. Aku berhasrat dan berdoa agar sentiasa pergi ke seminar seperti ini. Aku percaya pada tekad dan keazama. Ayuh rakan kongsi ku mari kita bersama meraih kegemilangan. Zhulian..menerajui kejayaan!!!

Menjengah kesempitan waktu, ada rindu mendalam di kalbu. Datangnya Ramadhan mendidik nafsu, pada mak, ayah, ija, acid, ajak dan yana. Aku rindu kamu.....

Marhaban ya Ramadhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan