11 Julai 2011

hati...

seringkali diusik riang namun ada kalanya diusik duka..ujian datang dalam pelbagai rupa..ada ujian gembira namun ramai yang tak mampu melepasinya..ada ujian duka..terlalu sukar namun ramai yg mampu mengatasinya..semuanya kembali pada segumpal darah bernama hati..RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati. "Hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.

Al-Quran menyatakan, maksudnya: "Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (al-An'am:110)
Nabi s.a.w sangat mengetahui mengenai sifat hati. Baginda selalu berdoa dengan lafaz seperti, "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."
Menurut Islam, hati manusia inilah yang menjadikan manusia itu hidup dengan kehidupan yang sebenar, malah hati jugalah yang menyebabkan manusia mati dalam hidupnya.

Ujian hati terlalu sukar untuk diubati..selepas tamat belajar, banyak betul ujian hati yang terpaksa saya hadapi..menitis air mata ini kerana diuji oleh hati yang sedang berbolak-balik..sekejap saya mahu..sekejap tidak..sekejap percaya sekejap tidak...soal iri hati dan cemburu buta usahlah ditanya..kekedang terasa mahu buang hati ini..namun, pantas diri terkenang akan payahnya membina motivasi diri dan ukhuwwah..sejenak berzikir melapangkan hati yg gusar...syukran ya Allah..memberi aku peluang untuk terus memperbaiki sekeping hati yang akan dihitung diakhirat nanti..Allahuakbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan