04 April 2009

DEBARAN FINAL EXAM 2009

Alhamdulillah.akhirnya semua tugasan utk semester ni dapat dihabiskan pada masa yang ditetapkan.semester kali ni betul2 menguji kemampuan diri utk membahagi masa sebaiknya..antara urusan akademik dan tanggungjawab sebagai exco kelab debat. sungguhpun begitu, saya selalu berharap agar kesibukan ini tidak melupakan tugas sy sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Blog ini merupakan satu lembaran baru utk sy. Disini, saya akan cuba sedaya upaya mengupas pelbagai isu semasa dan isu2 berkaitan dengan dunia mahasiswa. Untuk sama2 kita perhati dan perhalusi. Bukan utk skadar memberi komen tapi utk memperbaiki. Hakikatnya, manusia seperti saya juga tak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. andai ada sebarang kesilapan dan kesalahan, berilah teguran.InsyaAllah, pada 13 April 2009 ini bermulanya hari peperiksaan akhir semester utk warga pelajar USIM.Kejayaan atau kegagalan dalam peperiksaan adalah tanda aras kepada usaha mereka sepanjang semester.Hakikatnya, waktu ini debaran semakin melanda. Tekanan mula dirasai.ada yg tak tido mlm,ada yg mula demam, ada yg tak selera makan dan tak kurang juga yg bertambah selera.Biar apa pun tekanan,moga kita bijak mengatasinya.Sy berminat utk mengambil ingatan Dato'faiza dlm kuliah Criminal Law kami,katanya..kami perlu senttiasa menjaga kesihatan,tido secukupnya,makan buah-buahan dan sentiasa ingat basuh muka 5 kali sehari(solat 5 waktu).Saya ucapkan Selamat Berjaya buat semua rakan seperjuangan. Moga kita mendapat yang terbaik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan