25 Jun 2010

kenangan terakhir aku bersama arwah tok yot..


last hari raya bersama arwah tok yot

yasin terakhir

Sudah terlalu lama rasanya tidak up-date blog.naik bersawang dan berhabuk blog ni..huhuhu..well, aku pernah cakap kat kawan2 terdekat yg blog ni utk tatapan di masa tua nanti..Justeru, walau dah lama aku nak masukkan entri ini..aku tak punya kekuatan hinggalah pada hari ini..FYI, entri kali ini adalah yg terpenting dan bermakna untuk aku. Sekuat mana aku berusaha dalam kehidupan ini namun sebagai seorang insan aku tidak lepas dari di uji.

5 Jun 2010, aku telah kehilangan insan yg penting dalam kehidupan ini. Dia ialah moyangku iaitu Allahyarhamah Hajah Zabedah binti Salleh. "tok yot" pemergian mu amat kurasai.

"Aku masih ingat malam tu rumah atok pnuh dengan kereta tapi aku bercadang utk datang keesokan hari.pagi tu mak dapat mesej mengatakan atok yot tenat. bergegas aku bersiap ke rumah atok yot. sampai sahaja pintu rumah tok terbuka luas dan atok asmah menuju kearah kami..atok yot dah takde katanya..Ya Allah, aku rase dunia berhenti seketika..aku lari mendapatkan jenazah atok yot..kukucup pipinya terasa sejuk saat itu hanya airmata mampu berbicara..ku lihat wajahnya tenang setenangnya..moga Allah tempatkan atok yot dikalangan orang yg beriman.

Hikmah menjadi pelajar Dip. Syariah..Aku belajar menguruskan jenazah atok yot dari bacaan yasin, menyiapkan kain kapan, memandikan jenazah hingga solat jenazah..Alhamdulillah, aku berjaya memberikan khidmat terakhir ku buat atok yot. Walaupun begitu sepanjang menguruskan jenazah perasaan ku berperang. Aku perlu menahan airmataku. Aku berterima kasih pada pengalaman kerna aku tak lagi terlalu mengikut perasaan.

Namun begitu, airmata tidak lagi mampu ku tahan sewaktu jenazah atok yot dimasukkan ke dalam liang lahad hati ini benar2 rasa sayu..aku terkenang bagaimana atok yot menjaga aku ketika kecil betapa mesranya tiap kali aku datang.habis muka ku dikucupnya..

Saat itu takkan berulang lagi..kali terakhir aku mengucupnya, pipi atok yot sejuk terasa hingga ke hati ini..tok yot yg kukenali adalah seorang wanita yang kuat beribadah..kalau siang bersolat dhuha, malam pula bertahajud..sangat mesra melayan anak,cucu dan cicitnya..aku berasa sgt bertuah kerana menjadi satu2nya cicit yang merasa belaian dan jagaan atok yot..malah, mak adalah antara cucu kesayangan atok..kini, segalanya tinggal kenangan..moga Allahyarhamah Hajah Zabedah tenang bertemu pemiliknya..Al-Fatihah..

*ingatan buat diriku-sesungguhnya mati itu pasti..maka, beramallah kamu umpama esok kamu akan mati..buat lah yg disuruh dan tinggalkan yg dilarang..

24 Mei 2010

siapa dia???

siapa dia di hati saya??
dia inspirasi untuk kejayaan saya..
dialah peneman ketika duka..
dia segalanya..
walau mungkin saya terlambat utk tulis entry ini..
namun saya mau dia tahu..
dia sentiasa di hati saya..
MAK..ati sayang mak..
~Selamat Hari Ibu^^

05 Mei 2010

malessss nyerw...


Hm..nape malas nak wat entry baru???
  • takde idea kot?..ea tak kot..mencurah2 idea ni ha..
  • ha..busy ea?..maybe, ye la kan aritu exam..
  • ow..ly caye ke?ke ade masalah ni?..standard la mane de org takde prob..besenya, de prob lagila nak mencoret..huhu
  • ok..ke sebab dah de hobi lain ni??..tak jugak..cayang blog ni...
  • dahnya nape???..sebab line internet kat nilai ni ha..giler lambat..nak sign in pon dekat 10 min, nak upload gambar lagila lambat..tu yang kemalasan tu...
hoho..memandangkan aku dah kat Tangkak sekarang ni..dan line internet kat cni memang laju..memang best..aku akan lagi rajin mencoret lor..ye la aku nyer cuti dah start..program pun banyak nak kena wat..tambah2 sambil cuti kena wat latihan industri..so, banyak la perkara yang aku ly kongsikan..tp, aku tak janji la..tak berani wo...huhuu Jum wat checklist antara program penting sepanjang cuti ni:

5 mei, 8.30 pm : Misi Diamond 2011 @ Agensi Zhulian Melaka Raya


9 mei, 8.00 am : Kelas Teori dan Asas Facial @ Zhulian Agensi Ledang*


12.30pm : Lawatan HQ ke Zhulian Agensi Ledang


4.00 pm : Majlis Perasmian Zhulian Agensi Batu Berendam, Melaka*


10 mei, 9.00 am : Daftar diri utk LI @ Fenny's Firm

15 mei,12.30 pm : Majlis Perkahwinan Fuziah*


16 mei, 8.30 am : Program Anak Cemerlang bersama Dr. Azhar Md Isa @ Kluang*

wah..banyaknya program untuk bulan mei ni..bestnyer..boleh tambah pengalaman..untuk kawan2 yang berminat nak join program2 yang ada *..plz..contact me k..

03 Mei 2010

~aku dan tangga kejayaan~


Baru sahaja pulang dari kampung..mencari sedikit ruang untuk diri..cuba menahan jari ini dari menaip entry baru..sebab esok last paper semester ini..akal kata tak nak!baik baca buku..hati kata "alah sekejap jer..ade benda penting nak tulis ni"..akhirnya..korang pikirlah sendiri sape yang menang..hahaha..



Aku cuma nak kata yang aku dah bertemu apa yang aku cari..aku sudah punya matlamat yang perlu dikejar..aku berkomitmen..aku sememangnya serius kali ini..mungkin sebelum ni aku banyak main2..dah banyak sangat peluang aku lepaskan..kali ni aku takkan terlewat lagi..aku percaya aku boleh lakukan yang terbaik...dan aku percaya seandainya diizinkan Allah, May 2011 akan menjadi detik terindah dalam hidup ini..Ya Allah permudahkan jalanku..


ok tu jerw..doakan kejayaan utk paper sok..bye..(^_~)..